≡ Menu

5 Senarai Kursus Paling Mencabar Ditawarkan Universiti Malaysia

Pastinya anda pernah terfikir dalam sekolah menengah, ramai pelajar bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi mengejar sekeping sijil, diploma mahupun ijazah. Ye ke tidak?

5 Senarai Kursus Paling Mencabar Ditawarkan Universiti Malaysia

Banyak pilihan kursus yang ditawarkan di puluhan universiti awam mahupun swasta di negara ini. Ada antara penuntut yang bernasib baik apabila diterima masuk ke kursus yang dipohon manakala sebahagian lagi terpaksa akur dengan keputusan pentadbiran meletakkan mereka di mana-mana kursus lain.

Kini telah menjadi variasi kursus yang ditawarkan di universiti berikutan penarafan tinggi sistem pendidikan di Malaysia dan juga kos yang mampu ditanggung para penuntut luar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.

Buat individu yang masih lagi tercari-cari kursus yang ingin diambil kursusnya kepada pelajar lepasan SPM ataupun individu yang ingin mencabar kemampuan diri melanjutkan pelajaran dalam kursus kritikal, anda harus terus membaca artikel ini.

5 Senarai Kursus Paling Mencabar Ditawarkan Universiti Malaysia

Berikut merupakan senarai 5 kursus paling mencabar yang ditawarkan universiti-universiti di Malaysia.

1. Perakaunan (Accountancy)

Lazimnya kursus Perakaunan antara bidang yang popular di universiti Malaysia. Tapi tahukah anda, kursus perakaunan memerlukan seseorang penuntut untuk sentiasa mengaplikasikan ketepatan dan integriti ketika berurusan dengan digit. Di Malaysia, kursus tersebut berada pada paras kritikal kerana penetapan standard yang tinggi.

Sebagai contoh, di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kursus itu ditawarkan pada mod sepenuh masa selama 8 semester. Pelajar diperlukan untuk melalui latihan industri selama 6 bulan ketika cuti semester pada tahun ketiga manakala penilaian juga dibuat pada kadar 60 peratus untuk peperiksaan akhir dan bakinya untuk tugasan.

2. Perancangan Bandar dan Kawasan (Urban and Regional Planning)

Profesion sebagai perancang bandar dan kawasan memerlukan individu yang bijak untuk merancang dan menguruskan persekitaran sesuatu tempat. Dalam erti kata lain, kursus tersebut hasil gabungan seni kreatif dan sains dalam mencipta suasana harmoni untuk kehidupan yang lebih baik.

Dalam pasaran tempatan, ia memerlukan seseorang graduan untuk merancang dan mereka penempatan awam serta bandar, manakala pada tahap yang lebih tinggi, mereka perlu berhadapan dengan projek-projek mega di tengah-tengah kota pesat membangun.

3. Juruukur Bahan (Quantity Surveying)

Umum sedia maklum, Malaysia kini sedang membangun pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan dek kerana pembinaan banyak bangunan dan infrastruktur. Tugas juruukur bahan adalah lebih kepada pengurusan efektif terhadap kos pembinaan, perolehan projek serta pentadbiran kontrak. Malah, juruukur juga memberi nasihat dalam pembangunan ekonomi dan urusan berkaitan kontrak.

4. Undang-Undang (Law)

Sudah kita ketahui kursus undang-undang adalah antara kursus paling susah yang ditawarkan di mana-mana sahaja, tak terkecuali di Malaysia. Ia antara pengajian profesional, malah kebanyakan ibu bapa teruja untuk memiliki anak yang mengambil kursus undang-undang. Biasalah nak jadikan anak mereka seorang peguam atau majistret.

Apapun, ia bukanlah jalan yang senang untuk menamatkan pengajian dan mengenggam segulung sijil. Kursus tersebut mempunyai banyak istilah yang perlu diingati dan pastinya akta-akta yang diwartakan. Kebanyakan pelajar mengakui bahawa ia susah kerana subjek yang kompleks. Bukan itu sahaja, kursus undang-undang juga menjadi antara kursus yang termahal dari segi yuran pembelajaran.

5. Perubatan (Medicine)

Kalau sebut saja bidang perubatan selalunya akan turut mempelajari pembedahan surgeri. Penuntut perlu melepasi kesemua ujian sebelum melangkah ke fasa seterusnya bagi mempelajari subjek lain. Selain itu, peperiksaannya juga kompleks dan amat sukar.

Penuntut bidang perubatan juga sering diletakkan di bawah tekanan kerana tugasan mereka melibatkan nyawa manusia dan kesilapan kecil mampu mengancam pesakit. Pengajian ini juga boleh menjadi satu ketakutan apabila penuntut harus berurusan dengan bangkai, darah dan pesakit yang cedera. Tidak hairanlah gaji yang ditawarkan kepada mereka agak lumayan.

Semoga dengan perkongsian ini memudahkan para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti dalam bidang yang mereka minati.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment