≡ Menu

5 Pulau-Pulau Yang Cantik di Asia

Buat peminat snorkeling, diving, mahupun kaki fotografi, pastinya pemandangan yang indah dan lautan biru beserta pasir putih yang bersih menjadi pilihan untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat ini. Lebih-lebih lagi musim cuti, pasti anda ingin travel di pulau-pulau yang cantik.

Pulau-Pulau Yang Cantik di Asia
Tambahan dengan banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang berpatutan. Okaylah kat sini penulis cuba untuk senaraikan pulau-pulau yang yang paling cantik di Asia.

Pulau-pulau Yang Cantik di Asia

1. Bali, Indonesia

Tidak dinafikan lagi Bali adalah sebuah pulau yang agak terkenal dengan pemandangan gunung-ganang hutan, gunung berapi, keluasan besar sawah padi yang ikonik, pantai dan juga terumbu karang. Pulau ini yang diduduki majoriti oleh penganut Hindu mempunyai tapak agama seperti Kuil Uluwatu yang terkenal dengan tarian Kecak. Pulau ini juga terkenal dengan tempat bersantai seperti yoga dan meditasi.

2. Koh Tao, Thailand

Koh Tao merupakan pulau paling kecil antara pulau yang lain. Walaupun saiz yang kecil, itu tidak menghalang ia untuk menjadi antara salah satu pulau tarikan di Thailand. Pulau ini dikatakan semakin menjadi perhatian dengan campuran suasana yang sibuk seperti di Samui dan juga suasana santai seperti di Pha-Ngan. Selain dari itu, Koh Tao mempunyai tarikan yang tiada di tempat lain iaitu, pulau yang senang untuk di lawati dengan terumbu karang yang cantik.

3. Phuket, Thailand

Phuket pasti anda masih mengingati tragedi bencana tsunami di sana. Ia merupakan kawasan hutan hujan, yang dipenuhi dengan pergunungan di Laut Andaman, mempunyai beberapa pantai yang sangat popular di Thailand. Kebanyakannya terletak di sepanjang perairan jernih pantai barat. Terdapat banyak resort-resort mewah dibina di tepi pantai, spa-spa dan restoran dan tak kurang juga hotel-hotel bajet di pulau ini.

4. Langkawi, Malaysia

Langkawi sangat sinonim dengan syurga tropika. Dimana tahun 2008, pulau ini dikenali sebagai Langkawi Permata Kedah diilhamkan oleh air yang jernih dan pantai yang bersih. Tapi kurang pasti pantai sekarang-sekarang ni bersih lagi ke tak. Tambahan pulau ini pula merupakan daerah yang bebas cukai, lagi menjadi pendorong kuat untuk pelancong datang ke Langkawi.

5. El Nido, Palawan, Filipina

El Nido merupakan sebuah kawasan perbandaran Filipina di Pulau Palawan. Ia terkenal dengan pantai pasir yang putih, kecantikan terumbu karang dan sebagai pintu masuk ke Nusantara Bacuit, sekumpulan pulau-pulau dengan tebing bergerigi kars yang curam. Kawasan ini mempunyai tempat menyelam yang banyak, termasuk Pulau Dilumacad dengan terowong panjang yang membawa kepada gua bawah air.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment