≡ Menu




5 Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Tahu petua hilangkan sakit senggugut? Bagi kaum wanita pastinya tahu apa itu senggugut. Tapi, masih yang tidak tahu cara hilangkan sakit senggugut secara betul. Untuk pengetahuan, sakit senggugut adalah rasa sakit yang dialami oleh kebanyakkan wanita setiap kali haid atau ketika datang bulan. Senggugut atau dysmenorrhea ini pula terbahagi kepada dua iaitu Dysmenorrhea Primer dan Dysmenorrhea Sekunder.

 Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Dysmenorrhea Primer adalah rasa sakit senggugut yang dialami oleh golongan wanita muda yang berpunca dari hormon prostaglandin dan bukan akibat dari penyakit lain. Manakala Dysmenorrhea Sekunder pula adalah sakit senggugut yang menyerang wanita yang sudah berkahwin. Sakit Dysmenorrhea Sekunder ini dikatakan lebih lama dan lebih teruk sakitnya. Ini kebiasaannya berpunca dari masalah rahim seperti Fibroid.

Petua Menghilangkan Sakit Senggugut

Pasti ramai juga wanita yang terpaksa menelan pil penahan sakit untuk hilangkan rasa sakit senggugut demi untuk memastikan aktiviti seharian mereka tidak terjejas. Namun anda patut tahu jika terlalu kerap menelan pil penahan sakit ini tidak elok dan boleh memberikan kesan sampingan kepada tahap kesihatan anda.

Bagi anda yang hampir setiap bulan menderita dengan sakit senggugut ini dikongsikan khas untuk anda ada beberapa tips atau petua yang boleh anda cuba untuk menghilangkan sakit senggugut.

1. Urut bahagian bawah perut anda secara perlahan dengan menggunakan hujung jari. Selain itu, anda juga boleh sapukan sedikit minyak angin untuk mengurangkan rasa sakit.


2. Amalkan diet seimbang ataupun amalan pemakanan yang sihat sekiranya anda alami sakit senggugut. Utamakan pengambilan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar untuk seimbangkan keadaan anda.

3. Jika datangnya senggugut, anda perlu amalkan minum air panas untuk hilangkan rasa sakit senggugut. Amalan meminum air panas ini juga dapat membantu proses kelancaran haid anda. Sebolehnya elakkan minuman yang manis kerana ini boleh membuatkan senggugut anda menjadi dua kali ganda sakitnya.


4. Amalkan senaman ringan sewaktu sedang mengalami sakit senggugut. Senaman sebegini mampu menghilangkan rasa sakit yang anda alami. Jangan lakukan senaman yang berat dan elakkan mengangkat benda-benda yang berat sewaktu sedang haid kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada rahim anda.

5. Tuam bahagian bawah perut anda untuk menghilangkan rasa sakit senggugut. Malah, anda boleh gunakan cara tradisional seperti bertungku ataupun anda boleh gunakan pad pemanas yang biasanya dijual di farmasi.

Semoga artikel ini mengenai Petua Menghilangkan Sakit Senggugut dapat membantu kepada kaum hawa untuk mengatasi rasa sakit yang dialami. Sekiranya ia bermanfaat, jangan lupa kongsikan informasi ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment