≡ Menu




4 Petua Merawat Demam Selsema Semulajadi

Demam dan selsema perkara biasa yang mudah dialami oleh kita. Kebanyakan orang yang mengalami demam selsema mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi demam akan bertambah parah. Secara umumnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema.

 4 Petua Merawat Demam Selsema Semulajadi

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Sistem pertahanan badan adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini.

Berikut dikongsikan simpton demam selsema :

Simpton Demam Selsema

● Suara bertukar kasar dan parau kerana virus menyebabkan peti suara membengkak.

● Hilang deria bau dan rasa

● Hidung berair dan mengeluarkan hingus berair dari jernih hingga bertukar pekat.

● Tekak terasa kering dan sakit.

● Hidung tersumbat dan menyukarkan pernafasan.

● Batuk kering atau mengeluarkan kahak.

● Demam dan sakit-sakit badan.

4 Petua Merawat Demam Selsema Semulajadi

1. Halia

Halia salah satu cara membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam selsema. Caranya mudh adalah menambah halia dan limau ke dalam air panas dan minum dua kali sehari secara berkala.

2. Air Beras

Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam. Ini cara salah satu mujarab merawat selsema yang dialami.

3. Kunyit

Kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika ditambah ke dalam makanan yang dimakan atau menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami demam selesema.

4. Sayuran Hijau

Sayuran hijau salah satu makanan yang sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema. Masakkan sup sotong atau udang dicampurkan dengan sayur.


Dengan informasi ini mengenai petua merawat demam selsema dapat membantu kita jika mengalami demam dan selsema.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment