≡ Menu




3 Sebab Anda Perlu Pilih Masuk Politeknik

Pernah rasa kecewa jika korang tak dapat kemasukan ke universiti sebaliknya terpilih masuk politeknik. Korang nak tahu? Sebenarnya mereka yang memilih politeknik mempunyai banyak kelebihan, berdasarkan kehendak pasaran kerja serta ekonomi dunia semasa.

 3 Sebab Anda Perlu Pilih Masuk Politeknik

Sayangnya, ramai lepasan SPM yang memandang rendah terhadap Politeknik dengan ‘sebelah mata’ kerana banyak sebab. Berikut penulis kongsikan kepada anda 3 sebab kena pilih masuk politeknik:

3 Sebab Anda Perlu Pilih Masuk Politeknik

1. Bidang teknikal lebih banyak peluang kerja

Sudah kita ketahui, Malaysia sebagai sebuah negara yang bercita-cita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Oleh itu, Malaysia memerlukan ramai pakar dalam bidang teknikal. Ini kerana negara-negara maju di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura menumpukan modal insan mereka untuk menjadi pakar dalam bidang teknikal dalam usaha mereka untuk terus mekar menjadi negara maju. Jadi, Malaysia juga tidak seharusnya ketinggalan dalam bidang ini.

2. Kurang persaingan dengan universiti

Faktor ‘glamour’ universiti memang menjadi sebab mengapa lebih ramai lepasan SPM untuk tidak memandang politeknik. Tambahan pula, filem dan drama Melayu di negara ini lebih gemar bercerita tentang universiti tetapi tidak politeknik. Oleh itu, persaingan untuk ke politeknik adalah sangat kurang jika dibandingkan dengan universiti.

3. Pembukaan sektor baru teknologi hijau

Abad ke-21 menyaksikan pencambahan teknologi baru yang lebih memikirkan soal kelestarian alam serta mencari alternatif kepada bahan bakar seperti minyak dan gas.

Pembukaan sektor baru ini juga memerlukan pakar-pakar baru dalam bidang teknikal, jadi sudah pastilah graduan dari politeknik akan mendapat lebih banyak peluang kerja dengan kebangkitan teknologi hijau ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment