≡ Menu




3 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat

Anda tahu tips hilangkan jeragat di wajah dengan cepat? Sebenarnya ada pelbagai teknik atau cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan jeragat di wajah. Pasti anda ingin tahu kan?

5 tips hilangkan jeragat dengan cepat

Secara lazimnya masalah jeragat di Malaysia boleh dikatakan terlalu biasa berlaku pada wanita. Mungkin faktor cuaca penyumbang utama dalam masalah ini. Kali ini Government.my menyenaraikan tiga cara paling pantas untuk hilangkan jeragat di wajah anda dengan berkesan dan cepat.


3 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat

1. Air Kelapa

Sudah kita ketahui air kelapa mempunyai pelbagai khasiat selain merawat demam. Tapi, air kelapa juga boleh digunakan untuk hilang jeragat secara semualajadi. Pertama kali, anda perlu bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa dan biarkan ia kering sendiri. Selepas itu, bilas dengan air bersih dengan amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah.

2. Lidah Buaya

Untuk pengetahuan, lazimnya lindir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan parut jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan jeragat di wajah anda. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

3. Jaga Pemakanan

Faktor permakanan juga boleh diambilkira untuk menghilangkan jeragat di wajah. Sepatutnya anda kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan yang miliki protein dan juga vitamin serta daripada sayur-sayuran yang sudah terjamin dengan pelbagai khasiat.

Semoga informasi mengenai cara hilangkan jeragat di wajah dengan cepat sedikit sebanyak membantu pada orang yang alami keadaan ini.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment